• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

Sejarah KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

 on Ahad, 29 November 2015  

Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum,193). Seramai 3000 pensyarah maktab-maktab perguruan telah dilatih dalam bidang Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (Bahagian Pendidikan Guru, 1993). Pada tahun 1994, Bengkel Penyoalan dan Pemikiran Kritis telah dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah maktab perguruan oleh Profesor William W.Wilen dari Universiti Kent, Ohio, Amerika Syarikat ( Bahagian Pendidikan Guru, 1994). Pengajaran secara KBKK bercirikan “penyebatian”  iaitu ia tidak di ajar secara berasingan malah diserapkan di dalam keseluruhan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Sains dan sebagainya. Wilen (1995) menjelaskan bahawa pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan-soalan yang baik selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalan yang bersesuaian dengan pelajar bagi menggalakkan pemikiran yang tinggi. Guru perlu memiliki pengetahuan yang meluas dan kemahiran yang tinggi bagi menggunakan teknik-teknik penyoalan yang berkesan. 

Onosko dan Newmann (1994) berpendapat bahawa Pemikiran Aras Rendah (lower-order thinking) merujuk kepada proses pemikiran yang rutin dan penggunaan minda secara terhad. Proses ini menghasilkan lebih banyak operasi mental yang merupakan pengulangan. Zevin (1995) menerangkan bahawa Pemikiran Aras Rendah lebih berfokus pada mengumpul, mengklasifikasi, menyimpan maklumat dan ingatan. Masalah yang mempunyai satu penyelesaian yang tetap atau soalan yang hanya memerlukan jawapan “betul” atau “salah” merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Rendah. Ini bererti Pemikiran Aras Rendah tidak menghasilkan sesuatu yang baru dah kreatif dan tidak memerlukan aktiviti mental yang lebih rumit.  Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (Higher-order thinking) didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghasilkan cabaran-cabaran baru
.  
Dalam konteks pendidikan pula, Som dan Mohamad Dahalan (1998) telah mengemukakan lima garis panduan KBKK iaitu pertama; bagi merealisasikan wawasa 2020, kedua; memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan, ketiga; Amalkan budaya secara kreatif dan kritis, keempat; elakkan kesilapan secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru, kelima; meningkatkan kualiti berfikir. Sejak tahun 2000 lagi, 60% daripada soalan peperiksaan memerlukan kemahiran berfikir dan sehingga yang terkini Laporan Awal dalam Pelan Tindakan ada menyebut mengenai 80% soalan peperiksaan awam akan menggunakan soalan aras tinggi.



Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 1994
•Memberi fokus kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan
•Metakognisi
•Penekanan dalam kurikulum dan pedagogi

Sejarah KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis 4.5 5 fahamiz Ahad, 29 November 2015 Sejak tahun 1993, Kemahiran Berfikir telah diperkenalkan di semua sekolah (Pusat Perkembangan Kurikulum,193). Seramai 3000 pensyarah makta...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

J-Theme