• About
  • Contact
  • Sitemap
  • Privacy Policy

Ketumpatan (Sains tahun 3)

 on Rabu, 1 Mei 2019  

KETUMPATAN

7.1.1 Membuat inferens tentang objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan menjalankan aktiviti.

Sesetengah objek terapung dan tenggelam di dalam air. Tahukah anda mengapa kayu boleh terapung di permukaan air? Minyak pula sentiasa berada di atas air dan tidak bercampur? Fenomena ini berkaitan dengan ketumpatan objek tersebut.

kayu balak terapung di permukaan sungai
Setiap objek mempunyai ketumpatan yang berlainan. Secara saintifiknya, ketumpatan adalah jisim per isipadu sesuatu bahan. 



7.1.2 Menghubung kait objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan ketumpatan.

Sekiranya sesuatu objek itu mempunyai ketumpatan yang tinggi (berbanding ketumpatan air), maka ianya akan tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air.


Perhatikan rajah di atas, terdapat objek yang terapung dan tenggelam di dalam air. Gabus, kayu batang aiskrim dan berus plastik didapati terapung di permukaan air manakala duit syiling, sudu besi dan kunci tenggelam di dasar air.

Objek yang terapung itu mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding ketumpatan air. Manakala objek yang tenggelam itu pula lebih tumpat berbanding air.

Tahukah anda bahawa kesemua objek yang diperbuat daripada logam mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air, maka ianya akan tenggelam apabila berada di air. Bagaimana pula kapal yang diperbuat daripada logam dapat timbul di permukaan air? Cuba fikir dan dapatkan penjelasan ini daripada guru anda!

Tahukah anda bahawa tenggelam dan timbul sesuatu objek bukannya dinilai pada beratnya? Sebatang kayu balak yang beratnya mencecah 300 kg masih terapung di permukaan air manakala sebiji guli hanya seberat 10 gram tenggelam di dasar air!



7.1.3 Menyelesaikan masalah bagi mengenal pasti kaedah untuk menjadikan air lebih tumpat.

Sila tonton video berikut, perhatikan apa yang berlaku kepada telur dalam ketiga-tiga gelas yang berisi air tersebut.


Adakah anda memahami mengapa telur tersebut boleh terapung dan tenggelam dalam setiap gelas? Ketumpatan telur dalam ujikaji ini tidak berubah, hanya ketumpatan air sahaja yang berubah kerana dicampurkan dan dilarutkan garam.

Air yang dilarutkan lebih garam membuatkannya lebih tumpat. Air tulen mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding larutan air garam. 



7.1.4 Menjelaskan pemerhatian tentang objek atau bahan yang lebih tumpat dan kurang tumpat daripada air melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.

Yang mana satu lebih tumpat? Gabus atau ketulan ais? Kedua-duanya terapung di permukaan air, bukan? Kita dapat menentukan ketumpatan gabus dan ketulan ais dengan merujuk rajah di bawah:


Bolehkah anda mengenalpasti ketumpatan bahan berikut berdasarkan rajah di bawah?

Berikut adalah susunan menaik objek mengikut ketumpatan masing-masing:

gabus >petrol > ketulan ais > air > kaca

Gabus mempunyai ketumpatan paling rendah dan kaca pula mempunyai ketumpatan paling tinggi

Ketumpatan (Sains tahun 3) 4.5 5 fahamiz Rabu, 1 Mei 2019 KETUMPATAN 7.1.1 Membuat inferens tentang objek atau bahan yang timbul dan objek atau bahan yang tenggelam dengan menjalankan aktiviti. ...


4 ulasan:

J-Theme